dia adalah lelaki pertama yang aku temui dalam hidupku..kami membesar bersama2..suka duka jatuh berdiri berdua..zaman kanak-kanak dikongsi bersama..mamaku yang membesarkannya..kadang2 terasa bagai di anak tirikan mama sendiri bila mama syg akannya lebih dariku namun ku sedar dia adalah lelaki yang baik yg layak mendpt perhatian seorng mama..bila menyentuh perihal makan mama akn masak makanan kegemarannya ayam masak kurma..akhirnya aku berkongsi kesukaan yg sama..bila kami meningkat remaja mama ina dan mama adah cuba untuk menyatukan kami..pangilan menantu menjadi gelaran kami..aku gembira hidup disampingnya..suatu hari ketika aku di tahun 3 abg syafiq bertanya kepadaku"nak x kawen dgn abg?"kerna terlalu naif dan gembira aku menjawab"nak kalo bulan ade 2"jawapan yg tidak tahu mana asalnya..kami terpisah apabila ayh sham ditukarkan kerja di kuala selangor..ketika itu abg syafiq ditahun 5 dan aku di tahun 4..aku tidak sempat berjumpa dengannya utk mengucapkan ucapan selamat tinggal kerana aku juga berpindah ke seremban..
setelah 9 tahun terpisah aku mendapat khabar gembira dari mama apabila  diberitahu yang tahun 2007 aku akan dipertemukan dengannya..hari raya 2007 aku sangat gembira namun pada asalnya aku hampir tidak dapat berjumpa dengannya kerana mereka sekeluarga masih di johor..namun mama lebih mengerti perasaanku..sehari lagi menunda jadual pulang ke kl semata-mata untuk bertemu dengannya..hari yang ditunggu akhirnya muncul setelah 9 tahun menanti..mama adah sangat gembira dengan kehadiranku begitu juga dengan kak saidatul..tiba2 terpacul dari mulut mama adah untuk menjodohkan kami..ya allah perasaanku gembira dan bersyukur..aku masih malu2 untuk berjumpa dengn dia namun hanya tatapan mata dan senyuman yang mampu aku berikan..itulah wajah yang aku rindukan..namun itulah kali pertama juga yang terakhir aku menatapnya..aku dikejutkan dengan khabar yang amat memilukan hatiku..abg syafiq terlibat dengn kemalangan jalan raya..tepat pada hari nuzul al quran (06 sept 2009)selepas balik dari sahur bersama2 rakan, abg syafiq kemalangan dengan pokok yg tumbang akibat ribut dan meninggal di tempat kejadian..terus berjurai air mataku segera ku cari rakanku nursyakira untuk berkongsi kesedihan..akhirnya aku sedar yang aku bukan tercipta untuknya dan kehadirannya hanyalah sementara..namun aku sayang padanya..walaupun jasadnya tidak disisi namun hadirnya tetap di hati untuk selama-lamanya..
sedekahkan al-fatihah untuk arwah mohd syafiq fareez samsuri..




eda syg abg:'(